
Ketua Eksekutifnya, Yap Lip Seng berkata, pengusaha hotel memahami kerajaan perlu mengehadkan pergerakan rakyat dalam usaha membendung penularan Covid-19.
Bagaimanapun, katanya, industri itu akan menderita.
“Kerajaan perlu menyokong industri dan rakyatnya; dengan sedikit atau tanpa pendapatan, perniagaan tidak dapat mengekalkan pekerjanya, serta tidak mampu membayar gaji.”
Katanya, persatuan itu sudah mencadangkan kerajaan menyediakan subsidi upah sebanyak 50% untuk pekerja yang berpendapatan kurang RM4,000 dan 30% bagi mereka yang berpendapatan sehingga RM8,000.
Beliau berkata, subsidi upah diperlukan untuk memastikan perniagaan dapat diteruskan, “jika tidak, kami terpaksa memberhentikan pekerja dengan segera”.
Yap berkata, sekurang-kurangnya 6% pekerja hotel diberhentikan sejak tahun lalu, manakala selebihnya dipotong gaji atau bercuti tanpa gaji.
“Berbanding Mac 2020, kita berada dalam situasi lebih buruk sekarang dan menjangkakan impak lebih besar.”
Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin mengumumkan sekatan aktiviti pelancongan dan sosial di Selangor, Pulau Pinang, Melaka, Johor, Sabah, Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya.