Buang sampah dari kenderaan : Wanita hadapi denda RM2,000, 6 bulan penjara

Buang sampah dari kenderaan : Wanita hadapi denda RM2,000, 6 bulan penjara

JPJ Kelantan keluarkan notis temu siasat wanita buang sampah ke sungai melalui tingkap kenderaan, selepas video kejadian tular

Tangkapan skrin daripada video viral itu memaparkan seorang wanita membuang sebungkus plastik sampah ke dalam sungai dari tingkap kenderaan.
KOTA BHARU:
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengeluarkan amaran keras selepas tular video seorang wanita dalam kereta membuang sampah di Tanah Merah Kelantan.

JPJ Kelantan berkata pengguna jalan raya yang membuang sampah dari kenderaan boleh didenda hingga RM2,000 atau dipenjara maksimum enam bulan,

Semalam, tular satu klip video memaparkan sebuah kereta berhenti di tepi jambatan sebelum seorang wanita melontar bungkusan plastik ke sungai melalui tingkap kenderaan.

Pengguna media sosial mengecam tindakan wanita itu membuang sampah secara terbuka ke dalam sungai sebagai tiada kesedaran sivik.

Susulan tular klip video itu, JPJ berkata telah mengeluarkan notis temu siasat kepada pemilik kenderaan berkenaan berhubung kejadian itu.

Perbuatan wanita itu menyalahi Kaedah 52 Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959 dan pelaku boleh diambil tindakan menurut Seksyen 119(2) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Menurut JPJ, pelaku yang mengulangi kesalahan sama berdepan hukuman denda hingga RM4,000 atau penjara tidak lebih dua bulan, atau kedua-duanya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.