
Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah itu sebanyak 2,011 kes adalah penularan tempatan, manakala bakinya jangkitan di luar negara.
Jumlah jangkitan COVID-19 direkodkan dalam negara kini 122,845 kes.
“Selangor melaporkan kes harian baharu tertinggi iaitu sebanyak 509 kes dengan 338 kes daripada kluster dan saringan kontak rapat yang aktif dijalankan. Negeri yang turut mencatatkan kes tinggi adalah Johor (428 kes) dan Sabah (383 kes).
Hisham berkata, sehingga kini, terdapat 123 kes positif sedang dirawat di unit rawatan rapi (ICU), yang mana 52 kes memerlukan bantuan pernafasan.
Dalam pada itu, 1,221 kes sembuh dilaporkan dalam tempoh sama.
“Dukacita dimaklumkan terdapat pertambahan lapan kes kematian hari ini, menjadikan jumlah kumulatif kes kematian 509 kes.”
Beliau berkata, kes kematian dilaporkan di Sabah dengan lima kes, Selangor (2 kes), dan Perak (1 kes).
“Kebanyakan kes mempunyai sejarah penyakit kronik seperti darah tinggi, jantung, strok, dan kencing manis.”