
Adham dalam kenyataan berkata, sehingga tamat perintah pengawasan dan pemerhatian, beliau akan bekerja dari rumah termasuk mengadakan mesyuarat dan perbincangan melalui sidang maya.
“Perintah ini dijalankan kerana penilaian risiko oleh Kementerian Kesihatan (KKM) Putrajaya mendapati saya adalah kontak rapat kepada seorang petugas media swasta yang hadir ke pejabat saya Sabtu lepas. Beliau didapati positif Covid-19 dan bergejala.
“Sesiapa tidak terkecuali daripada mematuhi sebarang perintah dikeluarkan pihak berkuasa, apatah lagi yang melibatkan langkah pencegahan atau rawatan Covid-19. Semoga kita semua dapat memainkan peranan dalam menangani dan melawan Covid-19,” katanya.