Penghantar makanan OKU, jadi pejuang barisan hadapan

Penghantar makanan OKU, jadi pejuang barisan hadapan

Walaupun bergelar orang kurang upaya ia bukan halangan bagi Muhammad Sidek Osman menjadi penghantar makanan di ibu kota dengan motosikal khas yang diubahsuai.

Penunggang kurang upaya adalah pemandangan jarang dilihat Malaysia, walaupun ramai yang menyediakan perkhidmatan penghantaran di negara ini. (Gambar AFP)
KUALA LUMPUR:
Seorang penghantar makanan bertubuh kerdil meredah kesesakan lalu lintas dengan menggunakan motosikal empat roda yang diubah suai untuk menghantar pesanan.

Komplikasi kelahiran menyebabkan lelaki ini lebih pendek dengan hanya kira-kira 108cm, menjadikan tugas sederhana seperti menaiki tangga sebagai satu cabaran.

“Keadaan ini menyebabkan saya agak sukar bekerja – sukar untuk membuat apa-apa pekerjaan,” kata pemuda berusia 21 tahun ketika ditemui AFP di Kuala Lumpur.

Tetapi dengan motosikal diubah suai, Muhammad Sidek Osman menjadi seseorang yang berbeza – membuat penghantaran makanan dari restoran ke rumah bagi mememuhi permintaan tinggi pelanggan ketika tempoh perintah kawalan sepanjang pandemik.

Tidak mudah baginya, yang kini bekerja untuk aplikasi pengangkutan dan penghantaran Grab.

Majikan berulang kali menolaknya untuk bekerja sepenuh masa kerana ketidakupayaan dirinya, meninggalkannya dengan sedikit pilihan selain bekerja sendiri sebagai penghantar makanan.

Bagaimanapun, Sidek memandang daripada sudut positif, menyatakan dia menyukai pekerjaannya “kerana anda dapat berinteraksi dengan penunggang lain dan pelanggan”.

Penunggang kurang upaya adalah pemandangan jarang dilihat di negara Asia Tenggara, dari rumah bergerak sebagai “tentera bermotosikal” tanpa penat lelah menghantar pesanan menerusi aplikasi mudah alih.

Tetapi kehidupan secara amnya tidak mudah bagi komuniti orang kurang upaya (OKU) kerana terdapat sedikit batasan – seperti akses kerusi roda – untuk menolong mereka.

‘Bolehkah anda bekerja di sini?’

Kerajaan belum cukup proaktif dalam melindungi hak OKU, kata V Murugesan, presiden Persatuan Damai Orang Kurang Upaya Malaysia (DAMAI).

“Diskriminasi akan berhenti apabila kerajaan melakukan perubahan yang diperlukan,” katanya kepada AFP.

Sidek berkata, dia pernah mengalaminya.

Selepas menamatkan persekolahan, majikan menolaknya dengan memberitahu itu adalah pekerjaan bagi orang “normal”.

Dalam satu temuduga, “mereka mahu seseorang yang tinggi “, katanya. “Mereka bertanya kepada saya ‘bolehkah saya bekerja di sini?”

Namun, Sidek bukannya insan yang hidup dengan masa lalu dan gembira dengan pendapatan yang baik semasa wabak Covid-19.

Dia mula bekerja sebagai penghantar makanan selepas Malaysia melaksanakan perintah kawalan pergerakan pada pertengahan Mac, yang menyaksikan banyak perniagaan ditutup dan ramai terkurung di kediaman selama berminggu-minggu.

“Selama ini, jika anda boleh bekerja, lakukan apa sahaja yang ada,” katanya, sambil menambah dia memperoleh sehingga RM100 sehari.

Dia juga yakin peranan penting dimainkan penghantar makanan ketika wabak semakin buruk, menyebabkan orang sudah tidak perlu lagi ke restoran dan kedai.

Baru-baru ini, Malaysia mengenakan beberapa sekatan selepas peningkatan kes Covid-19, dan setakat ini dilaporkan lebih 68,000 jangkitan dengan lebih 360 kematian.

“Selama tempoh ini, kami penunggang adalah barisan hadapan kerana kami menjaga orang dengan menghantar makanan supaya kes Covid tidak meningkat,” katanya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.