Faizal sudah jangka akan tewas, tapi terkejut usul percaya sebelum belanjawan

Faizal sudah jangka akan tewas, tapi terkejut usul percaya sebelum belanjawan

Faizal Azumu berkata beliau, jemaah exco, dan penjawat awam mengusahakan belanjawan yang amat baik.

Ahmad Faizal Azumu.
IPOH:
Menteri Besar Perak, Ahmad Fazal Azumu sebenarnya sudah menjangkakan usul percaya tidak akan memihak kepadanya, tetapi terkejut ia dibentangkan sebelum Belanjawan Perak 2021.

Faizal berkata beliau, jemaah exco, dan penjawat awam mengusahakan suatu belanjawan “yang amat baik” ketika kerajaan Perak “menghadapi masalah besar”, merujuk kepada pandemik Covid-19.

“Saya berlapang dada dan terima. Sebagai ketua yang juga pengerusi PPBM Perak saya akan cari jalan memberi peluang menteri besar baharu laksanakan tanggungjawab beliau,” katanya kepada pemberita selepas suatu majlis di Bangunan Perak Darul Ridzuan.

Ditanya mengenai kedudukan PPBM di Perak, Faizal yang juga timbalan presiden parti berkata PPBM akan terus bersama kerajaan Perikatan Nasional.

Beliau percaya yang akan berubah mungkin hanya menteri besar.

“PN adalah kerajaan yang baik dan diterima rakyat dan momentum itu perlu dikekalkan,” katanya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.