Faizal akur ‘tumbang’, janji penubuhan kerajaan baharu akan ‘lancar’

Faizal akur ‘tumbang’, janji penubuhan kerajaan baharu akan ‘lancar’

Faizal Azumu, akur dengan kekalahannya apabila usul undi percaya diundi secara belah bahagi di Dewan Undangan Negeri Perak pagi tadi.

Ahmad Faizal Azumu.
IPOH:
Timbalan Presiden PPBM, Ahmad Faizal Azumu, akur dengan kekalahannya apabila usul undi percaya diundi secara belah bahagi di Dewan Undangan Negeri Perak pagi tadi.

Beliau berjanji penubuhan kerajaan negeri baharu “akan berjalan lancar”.

Bercakap di Dewan sejurus selepas keputusan undian diumumkan, Faizal berkata negara menghadapi krisis akibat pandemik Covid-19 justeru isu-isu politik tidak harus dipanjangkan.

“Peralihan kepada kerajaan baharu akan lancar demi kebaikan rakyat,” katanya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.