Aktivis belia sambut baik insentif Belanjawan 2021, mahu aspek pelaksanaan diutama

Aktivis belia sambut baik insentif Belanjawan 2021, mahu aspek pelaksanaan diutama

Seorang aktivis belia berkata, ramai yang mendapat manfaat daripada peruntukan pembangunan TVET.

Aktivis pelajar berkata, inisiatif untuk belia dalam Belanjawan 2021 hendaklah dilaksanakan dengan baik.
PETALING JAYA:
Aktivis pelajar mengalu-alukan insentif kepada golongan belia di bawah Belanjawan 2021, tetapi berkata, aspek pelaksanaan inisiatif tersebut sangat penting.

Jufitri Joha daripada Majlis Belia Malaysia (MBM) berkata, pertambahan peruntukan kepada Kumpulan Wang Pembangunan Sumber Manusia (HRDF) adalah langkah yang baik.

Bagaimanapun katanya, beliau berharap HRDF akan bersikap terbuka dalam bekerjasama dengan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) untuk mempromosi insentif ini kepada belia.

“Semakan MBM sebelum ini mendapati banyak daripada dana ini tidak dimanfaatkan oleh belia.

Jufitri Joha.

Beliau juga menggesa kerajaan supaya melibatkan mereka dalam Majlis Pekerjaan Negara bagi membantu mewujudkan lebih banyak pekerjaan.

Adhura Husna Farouk Izman dari Universiti Islam Antarabangsa (UIA) menyambut baik inisiatif berkaitan pembangunan pendidikan dan latihan teknikal dan vokasional (TVET).

Katanya dana RM300 juta dalam bentuk pinjaman kepada 24,000 pelajar untuk mengikuti program TVET juga menggalakkan, tetapi menekankan supaya proses permohonannya tidak terlalu ketat.

Aktivis pelajar bagaimanapun berkata, maklumat lanjut berhubung program terbabit, yang menerima peruntukan sebanyak RM6 bilion, perlu disediakan.

“Dana RM6 bilion dalam belanjawan itu adalah antara peruntukan terbesar kepada bidang itu setakat ini selari dengan aspirasi Putrajaya untuk berkembang ke dalam sektor teknologi berimpak tinggi bagi mewujudkan lebih banyak pekerjaan berpendapatan tinggi dalam jangka panjang.

Ia juga merupakan langkah untuk beralih dari aktiviti pengeluaran bernilai rendah dan intensif buruh bergaji rendah, sekali gus mengurangkan pergantungan pada pekerja asing.

Dalam pada itu Loo Khai Ming dari Student Unity Front Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) berkata, program subsidi upah boleh membantu mengtasi masalah pengangguran dan guna tenaga tidak penuh dengan menggalakkan pemain industri melatih graduan tempatan.

Beliau juga mengalu-alukan peruntukan RM50 juta untuk menaik taraf kemudahan dan infrastruktur universiti awam dengan berkata, sesetengah kampus perlu dibaik pulih untuk menerima kemasukan pelajar baru.

“Kita perlukan kampus selamat yang boleh menampung bilangan pelajar yang ramai, selain teknologi baru seperti 5G, “augmented reality” dan “internet of things” bagi meningkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran.”

Pemimpin pelajar Universiti Tunku Abdul Rahman Koh Ling Xian memberitahu FMT bahawa beliau berharap kerajaan akan menimbangkan langkah membantu pelajar B40 yang berdepan masalah untuk membayar yuran pelajaran, sewa penginapan dan kos pengangkutan susulan penutupan universiti sekarang.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.