
Dalam kenyataan hari ini beliau berkata, mereka diberikan gelang merah jambu kerana bukan warganegara untuk mengelak keluar dari tapak binaan.
“Sebenarnya seramai 264 daripada 273 yang disaring, adalah melalui saringan ‘surveilance’ tapak bina. Mereka berada dalam kawasan tapak bina iaitu rumah kongsi basement 1 & 2 dan rumah kongsi tepi sungai.
“Tetapi mereka masih boleh bergerak di dalam tapak bina,” katanya.
Beliau berkata, pihak pemaju juga sudah diminta memastikan semua yang disaring berada dalam kawasan tapak binaan.
“Dua pengawal keselamatan diletakkan di pintu masuk tapak bina dan pihak polis IPD Wangsa Maju juga melakukan pemantauan setiap hari. Pemaju juga dinasihatkan untuk melakukan kerja disinfeksi,” katanya.
Mengulas lanjut, Noor Hisham berkata, pemaju sudah menghentikan operasi pada 13 hingga 15 November untuk kerja pembersihan dan nyah cemar sehingga keputusan saringan diperoleh pada 15 November.
“Arahan pelepasan (release order) dan pemotongan gelang merah jambu dilakukan pada 15 November pada jam 11 pagi di tapak bina berkenaan.
“Hasil saringan terdapat 1 kes positif sahaja tetapi kes ini tidak tinggal di tapak bina, tetapi menetap di luar tapak bina,” katanya.
Katanya, hasil saringan terdapat 8 kontak rapat dikesan dan mereka sudah menjalani kuarantin selama 14 hari bermula 7 November lalu.
“Semua pekerja lain disahkan negatif dan diberikan pelepasan pada 15 November kecuali 8 kontak rapat kepada kes positif masih menjalani tempoh kuarantin,” katanya.