Ahli Parlimen Gerik meninggal dunia

Ahli Parlimen Gerik meninggal dunia

Beliau meninggal di usia 63 tahun.

PETALING JAYA: Ahli Parlimen Gerik Hasbullah Osman dari Umno meninggal dunia hari ini pada usia 63 tahun.

Pemergiannya disahkan seorang pemimpin Umno Gerik dalam kenyataan ringkas.

“Jenazah masih berada di Hospital Raub Pahang,” kata setiausaha Umno Gerik, Ahmad Shukri Ismail.

Hasbullah menghadiri persidangan Dewan Rakyat hari ini dan kerap bercakap mengenai hak Orang Asli di Gerik.

Pada pilihan raya umum 2018, beliau mengalahkan calon PAS untuk memenangi kerusi Parlimen itu dengan majoriti lebih 5,000 undi.

Beliau merupakan ketua Umno bahagian tersebut dan juga pengerusi Syarikat Perumahan Negara Bhd di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.