Kita Prihatin talian hayat bagi PKS, kata persatuan

Kita Prihatin talian hayat bagi PKS, kata persatuan

Program Subsidi Upah membantu firma dan pekerja berdepan masa sukar, terutama apabila PKP dikuat kuasa bermula Mac.

Insentif kerajaan membantu syarikat lebih kecil berdepan kesan wabak Covid-19, kata Persatuan PKS Malaysia. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA:
Pakej Inisiatif Tambahan Prihatin, yang lebih dikenali sebagai Kita Prihatin, merupembantu firma dan pekerja akan talian hayat penting kepada syarikat kecil dan sederhana (PK) dalam tempoh penularan wabak Covid-19.

Presiden Persatuan PKS Malaysia Michael Kang berkata, Program Subsidi Upah (PSU) membantu firma dan pekerja berdepan masa sukar, terutama apabila perintah kawalan pergerakan dikuat kuasa bermula Mac tahun ini.

“Banyak PKS dapat terus hidup, terima kasih kepada PSU. Kementerian Kewangan benar-benar membantu, terutama dengan menyediakan subsidi dan moratorium pinjaman.

“Semua inisiatif ini sangat membantu kami. Jika ia tidak ada, mungkin lebih 1 juta rakyat Malaysia hilang pekerjaan sekarang,” katanya kepada FMT.

Presiden Persatuan PKS Malaysia Michael Kang.

Kang berkata, geran khas Prihatin untuk PKS juga membantu syarikat mengekalkan pekerja mereka dan menyediakan modal kerja, sekali gus membolehkan syarikat membayar vendor dan perbelanjaan lain.

“Dengan modal kerja itu mereka dapat terus menjalankan perniagaan dan wujud kesan berantai daripadanya. Jika mereka ada wang, mereka boleh membayar vendor dan vendor pula membuat bayaran mereka.”

Presiden Persatuan Perusahaan Kecil dan Sederhana (Samenta) Koay Chiew Guan berkata, PSU dan geran khas memastikan PKS mempunyai aliran tunai yang konsisten, selain membolehkan pekerja terus bekerja dan pemilik terus membuka perniagaan.

“Pendapatan kami memang terkesan, jadi ia merupakan inisiatif yang sangat baik kerana benar-benar membantu kami pada masa sukar ini,” katanya kepada FMT.

Koay berkata, fasa kedua bantuan tunai Bantuan Prihatin Nasional memberi manfaat kepada kira-kira 10.6 juta rakyat Malaysia dan turut membantu PKS serta menggalakkan perbelanjaan dan penggunaan dengan memberi lebih banyak wang kepada orang ramai.

Katanya, inisiatif kredit e-dompet RM50 kepada mereka yang mendaftar dengan aplikasi MySejahtera juga menggalakkan PKS mendigitalisasi perniagaan mereka dengan menggunakan platform dompet digital.

“Dengan kata lain, ia membantu perniagaan bernafas semula. Kami perlu menjalankan digitalisasi untuk mengikut trend. Jika kami tidak membaiki diri, maka kami akan mati ketinggalan. Semua orang harus berubah ke norma baru untuk terus hidup,” katanya.

Kang berharap sistem penyampaian kerajaan akan menjadi lebih baik dalam beberapa bulan akan datang dengan berkata, berlaku kelemahan di sana-sini dalam pengagihan dana PSU.

“Hanya itu kelemahannya. Kami berharap pengagihan dana dapat dipercepatkan. Hapuskan semua hadangan birokratik, ekonomi kita akan menjadi lebih baik dan lebih ramai orang dapat terus bekerja.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.