2 maut helikopter terhempas di Ampang

2 maut helikopter terhempas di Ampang

Dua helikopter daripada syarikat sama bertembung di udara dan dipercayai dalam penerbangan dari Subang ke Genting Sempah.

Ketua Polis Ampang Jaya Mohamad Farouk Esha berkata dalam kejadian itu sebuah helikopter milik swasta terhempas manakala sebuah lagi mendarat di padang SJKT Taman Melawati.
AMPANG JAYA:
Dua maut dalam nahas membabitkan 2 helikopter yang dipercayai bertembung dan terhempas di Taman Melawati hari ini.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) memaklumkan nahas berlaku kira-kira 11 pagi tadi dan ketika ini sedang berusaha mengeluarkan mangsa.

“Dua balai bomba dari Pandan dan Ampang terlibat dalam operasi ini,” katanya memaklumkan bomba menerima panggilan 11.46 pagi tadi.

Tinjauan FMT mendapati kawasan sekitar berdekatan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Taman Melawati itu ditutup kepada orang ramai kira-kira 1km.

Hanya pasukan penyelamat dan keselamatan yang terlibat saja dibenarkan masuk, kenderaan juga tidak dibenarkan melalui kawasan berkenaan dan diarah berpatah balik.

Sehingga kini, semua mangsa belum dibawa keluar dari kawasan berkenaan.

Sementara itu, Ketua Polis Ampang Jaya Mohamad Farouk Esha berkata, mangsa yang maut dikenali sebagai Mohamed Sabri Baharom, 56 dan Mohd Irfan Fikri Mohamed Rawi, 44.

“Dua lagi penumpang yang selamat dikenali sebagai Ahmad Jauhari Yahya, 66 dan Tan Chai Elan, 51,” katanya pada sidang media di lokasi kejadian.

Beliau berkata, dalam kejadian itu sebuah helikopter milik swasta terhempas manakala sebuah lagi mendarat di padang SJKT Taman Melawati.

Katanya, polis sedang melakukan siasatan mengenai punca kejadian dan turut menyiasat sama ada penumpang lain terbabit.

“Insiden ini berlaku di udara. Dua helikopter daripada syarikat sama dan dipercayai dalam penerbangan dari Subang ke Genting Sempah.

“Siasatan polis setakat ini memfokuskan kepada punca kematian manakala siasatan punca kemalangan membabitkan 2 helikopter itu akan dijalankan Jabatan Penerbangan Awam (DCA),” katanya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.