
Pengarah Kesihatan Sabah, Dr Christina Rundi berkata, wanita berusia 63 tahun itu ditempatkan di unit pengasingan Hospital Queen Elizabeth Hospital I selepas disyaki mempunyai virus itu pada 13 Okt lalu.
“Bagaimanapun, beliau disahkan negatif untuk 3 ujian reverse transcription-polymerase chain reaction (RT-PCR),” katanya dalam kenyataan malam tadi.
Beliau berkata, ini sebabnya hospital itu bercadang membenarkannya keluar hospital semalam.
“Keluarga dimaklumkan kejadian itu oleh polis. Pasukan sokongan psikososial kesihatan mental menghubungi keluarga dan menawarkan sokongan kepada mereka.”
Mayat wanita itu ditemui di laman hospital, selepas beliau dikatakan jatuh dari tingkat 8 pada 9.15 malam.
Semalam, Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Habibi Majinji dilaporkan berkata, siasatan awal menunjukkan beliau dimasukkan ke wad sejak 13 Okt lalu selepas didapati positif Covid-19.
Rundi berkata, hospital itu akan menjalankan siasatan dan mengambil langkah untuk mencegah kejadian sama berulang.