PKPB di Selangor tamat jika kadar jangkitan 0.3, kata Noor Hisham

PKPB di Selangor tamat jika kadar jangkitan 0.3, kata Noor Hisham

Nilai Ro di Selangor ketika ini adalah 1.98 dan berjaya diturunkan sehingga 1.48 sejak pelaksanaan PKPB pada 14 Oktober lalu.

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata jika nilai Ro terus berada di atas 1.0 ia masih terlalu awal untuk mempertimbangkan lanjutan PKPB di Lembah Klang.
PETALING JAYA:
Perintah kawalan pergerakan bersyarat (PKPB) di Selangor akan tamat jika nilai Ro atau kadar kebolehjangkitan di negeri itu dapat diturunkan kepada 0.3 dalam tempoh 7 hari, kata Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah.

Dalam sidang media hari ini, Hisham berkata nilai Ro di Selangor ketika ini adalah 1.98 dan berjaya diturunkan sehingga 1.48 sejak pelaksanaan PKPB pada 14 Oktober lalu.

“Ini membuktikan kawalan pergerakan berjaya menurunkan kadar jangkitan di Lembah Klang,” katanya.

Bagaimanapun, beliau berkata, nilai itu tidak mencukupi kerana Ro perlu diturunkan sehingga 0.3 jika mahu Selangor bebas daripada PKPB.

Sementara itu, Hisham berkata, jika nilai Ro terus berada di atas 1.0, ia masih terlalu awal untuk mempertimbangkan lanjutan PKPB di Lembah Klang.

“Kita masih ada lebih kurang 1 minggu untuk memperinci data. Setiap hari adalah penting bagi kami untuk melihat progres di mana kita dan ke mana kita dalam tempoh 1 minggu dari sekarang.

“Untuk kawasan yang mencatatkan kes tinggi seperti di Semporna, kita boleh laksanakan PKP dipertingkatkan bersasar,” katanya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.