Bekas Setpol menteri akan didakwa esok dalam kes rasuah RM5 juta

Bekas Setpol menteri akan didakwa esok dalam kes rasuah RM5 juta

Sumber di SPRM berkata pertuduhan itu berkait dengan tender projek di sebuah kementerian.

Bekas pembantu itu juga dijangka didakwa dengan beberapa pertuduhan lagi di Mahkamah Shah Alam.
PETALING JAYA:
Seorang bekas setiausaha politik menteri akan didakwa di mahkamah esok, kerana dipercayai terlibat dengan kes rasuah berjumlah kira-kira RM5 juta berhubung tender projek di sebuah kementerian, FMT diberitahu.

Sumber di Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) beritahu FMT lelaki berusia lingkungan 40-an itu bakal berdepan beberapa pertuduhan mengikut Seksyen 16 Akta SPRM di Mahkamah Kuala Lumpur esok.

Bekas pembantu itu juga dijangka didakwa dengan beberapa pertuduhan lagi di Mahkamah Shah Alam atas kesalahan sama pada 23 Okt.

“Suspek dipercayai membantu syarikat kontraktor mendapatkan projek kementerian itu dan menerima suapan daripada beberapa individu menerusi beberapa transaksi,” kata sumber.

Pengarah Siasatan Norazlan Mohd Razali mengesahkan perkara itu ketika dihubungi.

Beliau turut mengesahkan 3 lagi pegawai kanan di agensi bawah kementerian berkenaan yang dsiasat dalam kes sama akan didakwa dalam masa terdekat.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.