Staf terbabit program bersama menteri agama negatif Covid-19 saringan pertama, kata USIM

Staf terbabit program bersama menteri agama negatif Covid-19 saringan pertama, kata USIM

Semua kakitangan yang mempunyai kontak rapat dengan Zulkifli akan terus melaksanakan kuarantin kendiri hingga 20 Oktober di kediaman masing-masing dan bekerja dari rumah.

Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) berkata ujian saringan ke-2 akan dilaksanakan semula pada semua kakitangan terlibat pada suatu tarikh akan dimaklumkan pejabat kesihatan Negeri Sembilan.
PETALING JAYA:
Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) hari ini memaklumkan semua kakitangannya yang terlibat program bersama Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Zulkifli Mohamad Al-Bakri disahkan negatif saringan pertama ujian Covid-19.

USIM berkata, semua kakitangan yang mempunyai kontak rapat dengan Zulkifli akan terus melaksanakan kuarantin kendiri hingga 20 Oktober di kediaman masing-masing dan bekerja dari rumah.

“Ujian saringan ke-2 akan dilaksanakan semula pada semua kakitangan terlibat pada suatu tarikh akan dimaklumkan pejabat kesihatan Negeri Sembilan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Universiti itu berkata, keputusan saringan berkenaan diharap memberi kelegaan, keredaan dan mengurangkan kebimbangan semua pihak yang terlibat dan terkesan secara langsung dengan keadaan ini.

Pada 5 Oktober lalu, Zulkifli mengesahkan beliau positif Covid-19 dan kini sedang menjalani rawatan.

Zulkifli turut menyeru orang ramai yang menghadiri majlis melibatkan kehadirannya dari 24 September hingga 4 Oktober lalu segera menjalani pemeriksaan saringan Covid-19.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.