
Normal jika air kencing berbau. Akan tetapi, jika air kencing selalu berbau busuk, ini yang perlu anda ambil peduli!
Punca lazim yang menyebabkan air kencing berbau
Air kencing biasanya berwarna jernih atau kuning pucat, dengan sedikit bau.
Antara perkara yang membuatkan kencing berbau kuat adalah apabila anda makan sesuatu jenis makanan atau minuman tertentu seperti kopi atau petai, dehidrasi, makan sesetengah jenis ubat, dan mengambil suplemen vitamin B6.
Walau bagaimanapun, anda boleh mengembalikan semula bau air kencing kepada normal dengan cara minum banyak air kosong.
Bagi mengelakkan air kencing berbau, anda perlu mengurangkan minuman kopi atau alkohol, tidak makan makanan yang berbau seperti bawang putih, asparagus, jering, dan petai kerana ia mengandungi kimia kuat yang akan melalui air kencing serta jangan mengambil lebih daripada 10 mg vitamin B6 sehari.
Jumpa doktor jika air kencing berbau kuat
Jika anda mengalami tanda-tanda di bawah, segeralah berjumpa doktor kerana masalah kencing berbau anda mungkin bukan disebabkan oleh punca lazim yang dinyatakan sebelum ini.
- Jika anda kencing lebih kerap, atau tiba-tiba rasa hendak terkencing
- Anda rasa sakit atau rasa melecur semasa terkencing
- Terdapat darah pada air kencing anda
- Anda rasa sakit pada bahagian bawah perut
- Rasa letih dan tidak sihat
- Rasa keliru atau terganggu
Tanda-tanda tersebut adalah sebahagian daripada simptom kencing kotor atau UTI.
Adakah saya ada penyakit lain?
Jangan mendiagnosis diri sendiri. Anda perlu berjumpa doktor jika mengalami simptom lain yang menyebabkan air kencing berbau.
Sebaik-baiknya, berjumpalah dengan doktor bagi mengetahui apakah penyebab sebenar penyakit anda.
Simptom & kemungkinan penyakit
- Berasa sangat dahaga dan penat, kencing lebih kerap daripada biasa dan kencing bau manis: Anda berkemungkinan itu merupakan penyakit Diabetes Jenis 2
- Sakit bahagian bawah belakang, sakit semasa kencing, kencing berdarah: Anda berkemungkinan ia berkaitan penyakit batu karang
- Kulit dan mata kuning (jaundis), sakit perut, mual, muntah: Anda berkemungkinan menghidap penyakit kegagalan hati.
Apapun, berjumpalah doktor untuk kepastian dan mendapatkan rawatan segera sebelum keadaan kesihatan anda menjadi semakin teruk.
Artikel ini telah disemak oleh panel Perubatan Hello Doctor dan telah disiarkan di Hello Doctor. Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]