“Deadline” semakin dekat? Jangan panik, cuba 5 langkah ini

“Deadline” semakin dekat? Jangan panik, cuba 5 langkah ini

Sering terlepas “deadline” atau tidak dapat mengejarnya boleh mencetuskan perasaan panik.

Serangan panik bukan hanya membuatkan individu menjadi tertekan tetapi boleh menyebabkan serangan jantung jika panik melampau. (Gambar Rawpixel)

“Deadline” atau tarikh akhir adalah sesuatu yang perlu dilalui oleh semua, tidak kira pelajar sekolah atau dewasa bekerja mahupun suri rumah.

Ia sangat penting dan merangkumi perjalanan dalam kehidupan sehari-hari. Tarikh akhir ini juga akan menjadikan individu lebih berdisiplin dalam menjalani kehidupan.

Namun, sering terlepas “deadline” atau tidak dapat mengejarnya boleh mencetuskan perasaan panik.

Serangan panik amat merbahaya kerana bukan hanya membuatkan individu menjadi tertekan tetapi juga boleh menyebabkan serangan jantung jika panik melampau.

Berikut adalah cara untuk menenangkan diri apabila anda diserang panik.

1. Tarik nafas

Siapa yang tidak panik bila deadline semakin hampir, anda tentu susah untuk bernafas, dan cepat mengah.

Cuba bertenang dan tarik nafas dalam-dalam. Buang perasaan panik dan cuba relaks, ini akan menjadikan jantung kembali stabil.

2. Fokus

Apabila sudah panik, anda pasti tidak dapat berfikir dengan betul hingga hilang fokus dan pelbagai perkara negatif akan muncul di fikiran.

Cara terbaik ialah kekal fokus pada perkara yang perlu dilakukan dan buang segala perasaan takut atau negatif bagi memberi tumpuan pada pekerjaan.

3. Berani

Jangan cepat mengalah atau mengundur diri dari pekerjaan tersebut. Biasanya panik terjadi bagi mereka yang baru keluar dari zon selesa.

Oleh itu, anda harus kekal berani dan jangan terburu-buru membuat keputusan atau tindakan yang tidak bijak. Teruskan pekerjaan tersebut dan lakukan hingga selesai.

4. Hubungi rakan sekerja

Bila saja anda merasa panik, hubungi rakan sekerja dan beritahu tentang keadaan anda, sebab dan anda perlukan masa untuk menghabiskan pekerjaan itu.

Rakan yang memahami boleh menenangkan anda dan banyak membantu. Ini akan mengurangkan tekanan dan memberi situasi yang lebih stabil.

5. Dapatkan bantuan

Jika anda sering terlepas ‘deadline’ cuba atur jadual harian dengan lebih baik. Ingatlah, semua orang mempunyai masalah dalam kehidupan dan perlu bijak menyelesaikannya.

Jangan biarkan serangan panik mengganggu kehidupan anda. Berjumpalah dengan doktor jika situasi menjadi bertambah teruk.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.