
Pelbagai cara boleh dilakukan untuk mengoptimakan kesihatan anda. Kesihatan seseorang itu bergantung kepada gaya hidup dan habit yang selalu mereka lakukan. Mengawal habit ini amat penting untuk memperbaiki pelbagai aspek dalam kehidupan harian anda. Cuba lihat 5 cara mengawal habit untuk anda kekal sihat.
1. Tahu apa yang anda masukkan ke dalam badan
Makanan tentulah yang paling utama, tetapi perkara lain seperti merokok dan alkohol juga perlu diambil perhatian.
- Makanan. Memandangkan setiap hari kita perlu makan, jadi kita tidak tahu jumlah makanan yang masuk ke dalam badan kita. Jauhi dari makanan yang tidak sihat dan rancang masakan dan makanan yang dimakan setiap hari.

- Rokok, alkohol dan lain-lain. Jauhi dari perkara ini, ia bukan hanya bertoksid malah menjadikan anda ketagih. Sebaik-baiknya, jangan mula. Tetapi jika anda sudah melakukannya, tidak terlambat untuk berhenti. Dapatkan nasihat pakar.
2. Elak dari gangguan mental. Gangguan mental merupakan isu kesihatan paling kerap dibicarakan dalam masyarakat hari ini. Jadi amat penting untuk anda menjaga kesihatan dengan baik untuk mengelakkan tekanan dalam kehidupan harian.
3. Meditasi. Salah satu cara terbaik untuk menghapuskan perasaan negatif dalam diri. Ia akan mengajar anda untuk belajar tentang kesedaran terhadap kesihatan diri anda sendiri.
4. Dapatkan rawatan kiropraktik
Kiropraktor adalah pakar dalam rawatan dan diagnosis terhadap gangguan otot saraf. Kiropraktor mendapat latihan istimewa dalam teknik berbeza untuk membetulkan tulang spina dan penjajaran yang mungkin menyebabkan masalah kesihatan kepada anda.
Kebanyakan orang tidak sedar sakit belakang yang mereka alami sehinggalah mereka mendapat rawatan seperti yang dilakukan oleh kiropraktor. Kesakitan ini yang memberi kesan terhadap kehidupan mereka sehari-hari.

5. Berehatlah tetapi tetap kekal aktif
Kedua-duanya penting. Mendapat tidur yang sempurna amat penting begitu juga dengan tubuh aktif. Tubuh anda perlukan senaman untuk memastikan otak dan hormon anda berkerja secara optimal. Ia juga dapat mengurangkan depresi serta risiko penyakit kronik.
Amat disarankan untuk mendapatkan tidur yang berkualiti.
Tiada siapa mempunyai gaya hidup yang sempurna dan semua orang mempunyai jenis tubuh yang berlainan. Jadi, tiada formula tepat untuk mendapatkan kesihatan optimal. Tetapi, anda punya pilihan untuk memperbaiki atau mengekalkan kesihatan melalui gaya hidup yang sihat.
Dennis Relojo-Howell adalah pengasas Psychreg dan pengacara The DRH Show. Anda boleh berhubung dengannya melalui Twitter @drelojo_howell.
Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]