Murtabak Daging Mi Segera idea berbuka puasa

Murtabak Daging Mi Segera idea berbuka puasa

Bagi yang ingin masakan ringkas, Murtabak Maggi ni adalah pilihan yang sangat sesuai kerana mudah dimasak malah tidak perlu belanja besar dan menjimatkan.

Hidangan yang menyelerakan, sekali cuba pasti nak lagi. (Gambar erazfadli.com)

Setiap kali berpuasa, resepi ini antara yang menjadi kegemaran malah ia juga sesuai dimasak pada bila-bila masa dan dihidangkan bersama cili sos dan juga mayonis sebagai penambah rasa.

Anda juga boleh menukar daging kepada ayam atau udang, mengikut selera masing-masing. Ia juga menyihatkan kerana menggunakan minyak yang sedikit.

Bagi yang sedang lapar dan ingin masakan ringkas, Murtabak Maggi ini adalah pilihan yang sangat sesuai kerana mudah dimasak malah tidak perlu belanja besar dan menjimatkan.

Lebih-lebih lagi untuk orang bujang, malahan ia juga mengenyangkan. Sekali cuba, pasti nak lagi.

Okay apa tunggu lagi, jom kita cuba.

Bahan-Bahan

  • 1 paket mi segera, dicelur
  • 2 biji telur, dipukul
  • 100g daging kisar
  • 1 biji cili merah, dihiris
  • 1/2 biji bawang merah, dicincang halus
  • 2 ulas bawang putih, dicincang halus
  • 1 tangkai daun ketumbar, dihiris
  • 1 tangkai daun bawang, dihiris
  • 1/2 sudu teh lada hitam
  • Garam secukup rasa

Cara membuat:

  1. Panaskan kuali atas api sederhana besar dan masukkan dua sudu besar minyak. Apabila minyak sudah panas, masukkan bawang putih dan bawang besar. Tumis hingga wangi.
  2. Masukkan daging dan kacau sehingga daging mengecut.
  3. Masukkan cili merah, lada hitam dan garam. Kacau rata.
  4. Dalam mangkuk berasingan, masukkan mi segera yang dicelur dan daging yang dimasak. Masukkan telur yang dipukul dan gaul rata.
  5. Panaskan dua sudu minyak di dalam kuali dan masukkan mi segera yang digaul dengan daging serta telur. Masak hingga mi segera menjadi sedikit rangup. Terbalikkan dan biar masak selama 2 hingga 3 minit.
  6. Sedia untuk dihidangkan.

Artikel ini telah disiarkan di butterkicap.com Butterkicap adalah platform dan komuniti yang menceritakan tentang makanan dan kebudayaan di Malaysia.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.