Telur Masin: buat sendiri di rumah

Telur Masin: buat sendiri di rumah

Selalunya telur masin akan dihidangkan sebagai pembuka selera bersama nasi atau bubur nasi.

Telur masin sering menjadi pembuka selera dimakan bersama nasi atau bubur nasi. (Gambar Butterkicap)

Telur masin adalah perasa popular di Malaysia, terutama sekali kepada orang Melayu dan Cina.

Selalunya ia akan dihidangkan sebagai pembuka selera bersama nasi atau bubur nasi.

Ia juga merupakan kegemaran ramai bila digunakan sebagai bahan untuk hidangan popular lain seperti ketam telur masin atau sotong kuning telur masin.

Dibuat dengan telur itik, telur masin mempunyai putih yang agak mendung dan kuning firma yang menarik warnanya sebelum ia dimasak. Setelah masak, putih telur itik menjadi keras tetapi rapuh, manakala kuning telurnya lemak dan tidak semasin putihnya.

Telur masin biasanya dibeli di pasaraya. Ia diselaputi pes tebal dan hitam yang perlu dibersihkan sebelum digunakan. Tetapi tahukah anda bahawa telur masin sangat senang dibuat di rumah?

Jika anda tidak mahu susah payah membasuh pes hitam itu dan ingin memastikan telur anda tidak mengandungi bahan pengawet tiruan pada masa yang sama, cubalah resepi di bawah.

Bahan-bahan:

  • 6 biji telur itik segar, dicuci bersih
  • 5 bunga lawang
  • 1 sudu besar lada hitam
  • 1 sudu besar kepingan serbuk cili
  • ½ cawan garam
  • 3 cawan air
Telur masin yang telah direndam dengan air garam dan bahan-bahan rendaman. (Gambar Butterkicap)

Cara membuat:

  1. Dalam periuk, sediakan air garam. Didihkan air, garam, bunga lawang, lada dan serbuk cili sehingga garam larut sepenuhnya. Alih dari api dan biar hingga sejuk.
  2. Masukkan telur ke dalam balang kaca perlahan-lahan dan tuangkan bahan yang telah disejukkan tadi sehingga menutupi semua telur. Jika telur terapung, letakkan sehelai plastik atau bekas plastik di atas telur dan tolaknya ke bawah sehingga semua telur tenggelam. Tutup balang.
  3. Simpan balang berisi itu jauh daripada suhu panas atau sejuk, sebaik-baiknya pada suhu bilik, selama empat hingga lima minggu.
  4. Pada minggu keempat, rebus satu telur untuk menguji kemasinannya. Jika anda suka tahap kemasinan dan kuning telur kelihatan agak kasar dengan warna oren yang terang, telur sudah pun sedia. Jika anda mahu ia lebih masin, biar telur dalam air garam untuk satu minggu lagi sebelum mengeluarkan telur dari cecair garam.
  5. Simpan telur yang sudah sedia dalam peti sejuk sehingga sebulan.

Tips tambahan

  1. Pastikan telur tidak retak.
  2. Anda juga boleh menguji telur dengan memecahkannya ke dalam mangkuk. Kuning telur harus berwarna oren terang dan agak keras, manakala putih telur kelihatan sedikit mendung.
  3. Anda boleh menyimpan telur masin mentah atau yang sudah dimasak sehingga sebulan di dalam peti sejuk, iaitu, jika tidak habis makan semua telur masin anda terdahulu.
  4. Ya, anda juga boleh gunakan telur ayam, tetapi ia tidak akan menjadi selemak telur itik. Jika mengguna telur ayam, lakukan ujian kemasinan seminggu lebih awal dan kurangkan tempoh rendaman juga selama seminggu.

Senang bukan? Lagipun, pasti keluarga dan kawan-kawan anda akan kagum bila mendapat tahu anda membuat telur masin sendiri.

Artikel ini telah disiarkan di butterkicap.com Butterkicap adalah platfom dan komuniti yang menceritakan tentang makanan dan kebudayaan di Malaysia.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.