PAS ‘nasi tambah’ jika BN perlu bantuan tubuh kerajaan, kata Umno Johor

PAS ‘nasi tambah’ jika BN perlu bantuan tubuh kerajaan, kata Umno Johor

Ketua Umno Johor Hasni Mohammad berkata BN perlu menunggu keputusan PRU15 sebelum memutuskan sama ada PAS diperlukan bagi memperkuatkan penyatuan ummah menerusi MN.

Hasni Mohammad berkata walaupun Umno diberikan pelbagai gelaran oleh pemimpin PAS namun pemimpin partinya sebenarnya mudah memaaf dan melupakan. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA:
Umno Johor menganggap PAS sebagai “nasi tambah” iaitu pilihan terbaik jika Barisan Nasional (BN) memerlukan bantuan untuk menubuhkan kerajaan persekutuan selepas pilihan raya umum ke-15 (PRU15).

Ketuanya Hasni Mohammad berkata, BN perlu menunggu keputusan PRU15 sebelum memutuskan sama ada PAS diperlukan bagi memperkuatkan penyatuan ummah menerusi Muafakat Nasional (MN).

“PAS ini seperti ‘nasi tambah’, banyak songel. Sekejap nak dengan kita (Umno), sekejap tak nak.

“Penyudahnya PAS jadi macam ‘nasi tambah’ sahaja. Maksudnya, jika kita dah kenyang (cukup kerusi tubuh kerajaan) kita berhentilah (tidak bekerjasama).

“Tak tahulah jika selepas PRU15 kita perlu nasi tambah, kita tanyalah nanti pada PAS. PAS adalah pilihan terbaik untuk bersama kita dalam membentuk kerajaan,” katanya selepas merasmikan mesyuarat Umno Pontian, menurut Harian Metro.

Kelmarin, Presiden PAS Abdul Hadi Awang dilaporkan berkata parti itu memilih Perikatan Nasional (PN) sebagai sekutu bagi menghadapi PRU15.

Dalam pada itu Hasni berkata, walaupun Umno diberikan pelbagai gelaran oleh pemimpin PAS, namun pemimpin partinya sebenarnya mudah memaaf dan melupakan.

“BN sudah tentu akan gunakan pendekatan sama untuk penyatuan ummah,” katanya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.