Ugut bunuh kakak kerana tak masak nasi, adik lelaki dipenjara 2 tahun

Ugut bunuh kakak kerana tak masak nasi, adik lelaki dipenjara 2 tahun

Majistret Kamarul Hasyime Rosli memutuskan hukuman itu apabila tertuduh, Mohammad Shafiq Romly, 33, mengaku bersalah atas pertuduhan melakukan ugutan jenayah.

(Gambar Bloomberg)
KOTA BHARU:
Seorang pemotong rumput dihukum penjara dua tahun atas kesalahan mengugut untuk membunuh kakaknya kerana tidak memasak nasi.

Majistret Kamarul Hasyime Rosli memutuskan hukuman itu apabila tertuduh, Mohammad Shafiq Romly, 33, mengaku bersalah atas pertuduhan melakukan ugutan jenayah.

Menurut laporan Utusan Malaysia, Shafiq didakwa menakutkan kakaknya yang berusia 37 tahun dengan mengugut mahu membunuh mangsa dan ahli keluarga di sebuah rumah di Jalan Kubur Tok Pah, Kampung Jambu Kota Bahru kira-kira pukul 9 malam, 17 Mac lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya.

Menurut fakta kes, Shafiq memaki hamun dan mengugut mahu membunuh kakak dan ahli keluarga gara-gara wanita itu tidak memasak nasi untuk dia yang baru bangun dari tidur.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Siti Edabayu Subhan manakala tertuduh diwakili peguam bela Siti Atikah Abd Halim.

Ketika prosiding, Siti Edabayu memohon hukuman yang setimpal manakala Siti Atikah dalam rayuannya memohon hukuman minimum kerana tertuduh mengakui sudah insaf akan perbuatannya.

Mahkamah kemudian menetapkan hukuman penjara dua tahun terhadap tertuduh bermula dari tarikh dia ditangkap polis.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.