Faridah Mentarang, lokasi makan tengahari yang menyelerakan

Faridah Mentarang, lokasi makan tengahari yang menyelerakan

Faridah Abdul Rahman, pemilik restoran ini sejak 2010 lagi. Beliau yang satu ketika dahulu pernah menjual mentarang di gerai kini merupakan pelopor makanan mentarang di Sekincan malah, Faridah Mentarang sering menjadi sebutan.

Faridah Mentarang, pelopor makanan laut mentarang di Selangor. (Gambar Facebook)
PETALING JAYA:
Mentarang, sejenis siput berkulit keras dengan nama saintifik “Pholas orientalis”, ianya boleh didapati di pantai berselut dan dikutip semasa air surut. Rupanya seperti kepah namun lebih panjang serta boleh didapati di Pantai Sabak Bernam.

Jika melintasi di kawasan Sungai Leman, Sekinchan memang banyak gerai-gerai menjual siput mentarang mentah di sepanjang jalan.

Mentarang bakar yang popular di sini. (Gambar Facebook)

Tetapi, anda boleh sahaja singgah ke Faridah Mentarang, restoran yang memang popular menjual masakan mentarang samada dibakar atau menjadi lauk berkuah.

Jika memandu dari arah Kuala Selangor, restoran Faridah terletak di kiri bahu jalan utama ke Sabak Bernam, di Batu 47 ¾ Sungai Leman, Sekinchan.

Faridah Abdul Rahman, pemilik restoran ini sejak 2010 lagi. Beliau yang satu ketika dahulu pernah menjual mentarang di gerai kini merupakan pelopor makanan mentarang di Sekincan.

Restoran Faridah Mentarang kini bukan hanya menjadi sebutan. Tetapi sering menjadi kunjungan semua golongan.

Mentarang yang isinya lembut berwarna putih ini lebih manis rasanya jika dibandingkan dengan hidupan cengkerang yang lain.

Mentarang masak lemak cili api antara masakan yang menjadi pilihan. (Gambar Facebook)

Selain popular dengan mentarang bakar, anda juga boleh meminta mentarang yang dimasak sup, lemak cili api, tumis cili api, kari, rebus, goreng tepung dan goreng kunyit. Segalanya mengikut citarasa masing-masing.

Berdepan bekalan tidak menentu dan faktor air pasang, Faridah membuat kolam tiruan sementara untuk memastikan rasa masakan mentarang sentiasa segar.

Selain mentarang, menu istimewa lain termasuklah telur belangkas, ikan haruan, belut, ikan sembilang, udang galah, lokan bakar, pepahat, kepah, kupang, lala, dan kerang.

Kesemuanya makanan laut ini boleh dimasak lemak cili api, digoreng, dibuat asam pedas, dibakar serta ditumis.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh melayari laman Facebook: Faridah Mentarang Bakar Sekinchan atau hubungi 016 69 65 982 untuk membuat tempahan.

Restoran Faridah Mentarang
Batu 47 3/4, Sungai Leman
45400 Sekinchan
Selangor

Dibuka dari jam 10 pagi hingga 7petang setiap hari kecuali Isnin.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.