Sagu Gula Melaka yang ringkas dan lazat

Sagu Gula Melaka yang ringkas dan lazat

Sagu gula melaka, makanan pencuci mulut yang sedap dan enak dimakan.

Sagu gula melaka, hidangan pencuci mulut.

Sagu gula melaka, makanan pencuci mulut yang sedap dan enak. Rasa lemak dan manis boleh diubah suai mengikut sukatan sirap dan santan yang ingin dimasukkan. Resepi ini juga mudah dimasak. Mari kita lihat bagaimana ia dimasak.

Bahan-Bahan:

a) Biji Sagu

  • 250g (2 cawan) biji sagu
  • 1.5l (6 cawan) air
  • 2 helai daun pandan, disimpul

b) Santan

  • 250ml (1 cawan) santan
  • 2 helai daun pandan, disimpul
  • 1/2 sudu teh garam

c) Sirap Gula Melaka

  • 250g gula melaka, dicincang,
  • 1/2 cawan air
  • 3 helai daun pandan, disimpul

Cara-Cara:

  1. Dalam periuk sederhana besar, panaskan air dengan daun pandan. Apabila sudah mendidih, keluarkan daun pandan dan masukkan biji sagu.
  2. Didihkan selama 18-20 minit. Tapis dan bilas dengan air. Letakkan biji sagu ke dalam bekas hidangan. Biarkan biji sagu disejukkan dan kemudian masukkan ke dalam peti sejuk.
  3. Untuk menyediakan sirap gula melaka, panaskan 1/2 cawan air, daun pandan dan gula melaka hingga gula terlarut. Keluarkan daun pandan dan ketepikan sirap.
  4. Panaskan santan atas api kecil dalam periuk bersama 1/4 sudu teh garam dan daun pandan. Pastikan anda perhatian santan ini dengan teliti agar tak pecah minyak. Keluarkan daun pandan dan ketepikan.
  5. Untuk menghidang, tuang santan yang suam di atas biji sagu dan tuang sirap gula melaka di atas.

Artikel ini telah disiarkan di butterkicap.com

Butterkicap adalah platfom dan komuniti yang menceritakan tentang makanan dan kebudayaan di Malaysia.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.