
Memilih tanaman hiasan tidak seharusnya pada bentuk yang cantik semata-mata. Pastikan juga ia sesuai dan selamat untuk haiwan kesayangan anda di rumah.
Terdapat tumbuhan yang mempunyai racun dan merbahayakan haiwan, juga jauhi tanaman berduri sebagai tanaman hiasan.
Mungkin anda boleh melihat, antara pilihan tanaman hiasan berikut yang sesuai untuk haiwan peliharaan di rumah.
1. Chlorophytum

Tanaman yang juga dikenali sebagai ‘spider plant’ atau tanaman labah-labah ini berasal dari Afrika Selatan. Ia merupakan tumbuhan yang sangat popular dalam bentuk ‘vittatum’ yang bervariasi.
Sering diletakkan di dalam rumah dan selamat untuk haiwan peliharaan. Ciri khas iaitu daun yang panjang amat menarik buat haiwan seperti kucing. Menjaganya juga mudah kerana ia hanya memerlukan sedikit air.
2. Nephrolepis exaltata

Nephrolepis exaltata adalah tergolong dalam keluarga paku pakis. Ia hipoallergenik dan sesuai diletakkan di dalam rumah kerana keupayaanya membersihkan udara di dalam bilik dan rumah anda.
Daunnya yang rimbun dan hijau amat tenang buat haiwan, malah ia tidak merbahayakan.
3. Howea forsteriana

Pokok palma atau sawit ini mempunyai ketinggian luar biasa dan cantik sebagai titik fokus landskap dalaman. Namun, batangnya yang tinggi menyukarkan haiwan peliharaan anda untuk bermain dengan daunnya.
4. Echeveria

Echeveria adalah tumbuhan yang tergolong dalam spesies kaktus yang turut dikenali sebagai bunga batu. Ia mempunyai pelbagai bentuk dan warna menjadikan ia terkenal sebagai reka bentuk taman mini.
Tanaman ini juga mesra buat haiwan. Ciri khas dengan bentuk yang padat dengan warna yang lembut menjadikan ia begitu tenang buat haiwan.
5. Pilea peperomiodes

Tanaman ini turut dikenali sebagai ‘Chinese money plant’ atau pokok wang cina yang mempunyai sejumlah spesis yang besar. Ia mempunyai batang utama, dengan daun bulat di hujung menyimpang ke arah yang berbeza.
Tanaman ini dapat menyerap karbon dioksida dan menggantinya dengan oksigen. Ia turut menjadikan ruangan tampak lebih tenang buat penghuninya, termasuklah haiwan peliharaan.
Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]