
Setelah hampir sebulan dilahirkan, wajah Ayash diperlihatkan kepada orang ramai melalui satu perkongsian video di akaun Instagram Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Bin Mohamad.
Usahawan tersebut turut menulis kapsyen ringkas bersama video tersebut.
“Assalammualaikum, nama saya Ayash Affan Bin Shahmira.
“Terima kasih kerana mendoakan kesejahteraan saya,” tulisnya.
Kelihatan Ayash sedang nyenyak tidur di dalam katil berkelambu lengkap tulisan nama Ayash Affan pada cadar dan bantal bersentuhan rona putih dan biru lembut itu.
Di akhir video berdurasi 2 minit 8 saat tersebut dipaparkan wajah Shuib bersama isterinya Allahyarham Siti Sarah Raissuddin.
Hingga berita ini ditulis, video tersebut telah ditonton lebih 200,000 ribu orang dan mendapat 4,000 komen.
Warganet rata-rata mendoakan agar Ayash membesar menjadi anak yang soleh apabila meningkat dewasa kelak.
Malah, ada yang menitiskan air mata kerana teringat kepada Siti Sarah setiap kali menatap wajah Ayash.
“Semoga menjadi anak yang soleh sayang,” ujar seorang pembaca.
“Lambang pengorbanan ibu, jangan lupa ibumu nak. Sedihnya tiap kali teringat Almarhumah Siti Sarah,” kata pengikut yang lain.
Terdahulu, Ayash dilahirkan pramatang secara pembedahan pada 6 Ogos lalu dan dibenarkan dibawa pulang ke rumah pada 14 September.
Siti Sarah disahkan meninggal dunia pada 9 Ogos, tiga hari selepas melahirkan Ayash akibat jangkitan Covid-19 di Hospital Canselor Tuanku Mukhriz (HCTM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Kuala Lumpur.
Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]