
Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (KSTI) merangkap Exco Pendidikan dan Agama negeri, Mohd Arifin Mohd Arif, berkata majlis terbabit juga akan diadakan secara serentak di semua masjid dan surau seluruh negeri.
“Pada 8 Ogos (Jumaat lalu), saya mengarahkan pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) untuk menyelaras Majlis Tahlil dan Doa untuk kesejahteraan Allahyarhamah Zara Qairina Mahathir di semua masjid dan surau seluruh negeri Sabah.
“Untuk makluman, kerajaan negeri akan menganjurkan Majlis Tahlil dan Doa Peringkat Negeri pada Khamis ini (14 Ogos) selepas solat Maghrib di Masjid Bandaraya Kota Kinabalu yang akan dipimpin oleh Mufti Sabah.
“Ia akan diadakan serentak di semua masjid dan surau seluruh negeri. Bersama-samalah kita berdoa semoga Allahyarhamah beroleh maghfirah dan rahmah,” katanya dalam kenyataan.
Zara Qairina disahkan meninggal dunia di HQE I pada 17 Julai, selepas ditemukan dalam keadaan tidak sedarkan diri di dalam longkang berhampiran asrama sebuah sekolah agama di Papar pada 4 pagi, 16 Julai.