
‘Shuib tak ada hambar’, demikian antara luahan yang dimuat naik seorang peminat tegar kumpulan pelawak Sepahtu yang teruja apabila Sepahtu Reunion bakal kembali bersiaran minggu ini.
Menerusi perkongsian Jep Sepahtu di laman Instagramnya, program lawak jenaka kegemaran ramai itu akan bersiaran secara langsung mulai 23 September, setiap Khamis jam 9 malam secara serentak di Astro Warna dan Astro Prima.
“Saksikan Sepahtu bersama artis ‘cameo’ yang bakal mengejutkan anda di penghujung rancangan?” kata ‘teaser’ tersebut yang dikongsi Jep.
Oleh kerana edisi kali ini tidak menampilkan Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhamad, 37, rata-rata warganet yang memberi respon di ruang komen agak terkesan dan kecewa.
Difahamkan peminat rindukan kemunculan gandingan asal Sepahtu dalam edisi yang lebih segar kali ini.
Ramai yang mendakwa tanpa Shuib hambarlah gandingan itu selain menegaskan usahawan dan juga pelakon tersebut adalah DNA sebenar Sepahtu.
Difahamkan Shuib punya alasan yang cukup kukuh untuk berada jauh dari radar dunia hiburan tanah air buat sementara waktu.
Dia yang baru saja kehilangan isteri tercinta Siti Sarah Raissuddin pada Ogos, akan menumpukan perhatian penjagaan kepada anak-anaknya terutama anak bongsunya Ayash Affan (1 bulan) dan tiga lagi cahaya matanya Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8, Ariq Matin, 6.
“Soeb tak ada tak meriah sangat. DNA Sepahtu,” kata mohamadiwanfazri.
“Shuib ada tak. Kalau tak ada agak hambar,” keluh el_fadhiel_pyan.
“Shuib tak ada macam kureng sikit sekarang ni,” kongsi farid8386.
Kumpulan pelawak popular itu ditubuhkan pada 2009 dianggotai Jep, Shuib dan kemudian Rahim R2 pada 2013.
Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]