‘Muka bila dapat peluk kambing’ – Shuib cuba hibur anak, gembira Uwais ukir senyuman

‘Muka bila dapat peluk kambing’ – Shuib cuba hibur anak, gembira Uwais ukir senyuman

Video yang ditonton lebih 260,000 kali itu memaparkan gelagat comel Uwais Alqarni memeluk kambing.

Video ringkas itu memaparkan gelagat comel anak sulung Shuib Sepahtu, Uwais Alqarni memeluk kambing buat pertama kalinya.

Selepas sebulan pemergian isteri tercinta, penyanyi Siti Sarah Raissuddin, pelawak dan pelakon Shuib Sepahtu, 37, berkongsi video gelagat anak sulungnya Uwais Alqarni memeluk kambing buat pertama kalinya.

Video pendek di Instagram shuibsepahtu yang ditonton lebih 260,000 kali itu berkemungkinan sebahagian usaha Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhamad untuk cuba menghiburkan hati anak-anak.

“Muka bila dapat peluk kambing,” tulis Shuib ringkas.

Dalam video tersebut seorang lelaki dilihat mengajar Uwais, 10, cara untuk memegang anak kambing.

Uwais yang comel berkopiah pada mulanya kelihatan cuak sebaik anak kambing itu diletakkan dalam dakapannya.

Bunyi kambing yang tidak henti-henti mengembek juga pada mulanya membimbangkan. Namun lama-kelamaan Uwais kelihatan lebih yakin dan mula tersenyum.

Rata-rata warganet tumpang gembira melihat senyuman terukir di wajah Uwais. Tidak kurang juga yang memuji sebaik melihat betapa dekatnya wajah Uwais dengan arwah ibunya.

Sekurang-kurangnya ada juga aktiviti dan terubatlah sedikit kerinduan mereka kepada ibunya.

Penyanyi terkenal Siti Sarah Raissuddin, 36, menghembuskan nafas terakhir pada 9 Ogos 2021 akibat jangkitan Covid-19.

Pasangan itu yang mendirikan rumah tangga pada 2011 sebelum ini dikurniakan empat cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, 10 tahun, Dzahira Talita Zahra, 8 tahun, Ariq Matin, 6 tahun dan Ayash Affan, sebulan.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.