Lisa timang bayi lelaki, berkongsi tarikh lahir dengan Yusry

Lisa timang bayi lelaki, berkongsi tarikh lahir dengan Yusry

Yusry sifatkan kelahiran cahaya mata mereka itu merupakan hadiah paling bermakna dalam hidupnya kerana berkongsi tarikh lahir yang sama dengannya iaitu 15 Jun.

Lisa telah selamat melahirkan bayi lelaki pagi tadi.
PETALING JAYA:
Pelakon Lisa Surihani selamat melahirkan bayi lelaki pada jam 2.30 pagi, hari ini.

Berita kelahiran anak ketiga itu dikongsi oleh suaminya Yusry Abdul Halim menerusi satu hantaran di Instagramnya hari ini.

“Alhamdulillah. Lisa telah selamat melahirkan bayi lelaki pada pukul 2.30 pagi tadi.

“Bayi dan ibu, kedua-duanya dalam keadaan baik. Syukur,” tulis Yusry.

Dalam hantaran tersebut Yusry turut menyifatkan kelahiran cahaya mata mereka itu merupakan hadiah paling bermakna dalam hidupnya kerana berkongsi tarikh lahir yang sama dengannya iaitu 15 Jun.

“Hadiah hari jadi yang penuh bermakna. Selamat datang ke dunia junior,” katanya.

Lisa dan Yusry berkahwin pada 23 Februari 2012 dan telah dikurniakan dua cahaya mata, Yahaira Leanne, 6, serta Yusof Leonne yang kini berusia empat tahun.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.