Parti di kediaman rasmi, anak PM Jepun letak jawatan selaku setiausaha eksekutif

Parti di kediaman rasmi, anak PM Jepun letak jawatan selaku setiausaha eksekutif

Shotaro Kishida dikecam selepas laporan media mengenai penganjuran parti membabitkan tingkah laku kontroversi di kediaman rasmi PM, Disember lalu.

Anak Perdana Menteri Fumio Kishida akan meletak jawatan selaku setiausaha eksekutif kepada bapanya pada 1 Jun. (Gambar AP)
TOKYO:
Anak lelaki Perdana Menteri Fumio Kishida, akan meletak jawatan selaku setiausaha eksekutif kepada bapanya pada 1 Jun, umum kerajaan pada Isnin, ekoran kritikan berterusan kerana mengadakan parti di kediaman rasmi perdana menteri, lapor Xinhua.

Kishida memberitahu pemberita, anak sulungnya Shotaro Kishida akan meletak jawatan sebagai setiausahanya pada Khamis.

Shotaro Kishida menjadi sasaran kecaman selepas laporan media mengenai penganjuran parti membabitkan tingkah laku kontroversi bersama sanak saudara di kediaman rasmi perdana menteri pada Disember lalu.

Kediaman itu sering digunakan untuk acara rasmi, termasuk pertemuan dengan tetamu asing.

Gambar Shotaro Kishida bersama sanak saudaranya di atas tangga dihiasi permaidani merah di kediaman itu mula tersiar menerusi media pada minggu lalu.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.