Pelakon Tarzan terbunuh dalam nahas pesawat di Tennessee

Pelakon Tarzan terbunuh dalam nahas pesawat di Tennessee

Joe Lara antara tujuh yang terbunuh dalam nahas pada Sabtu itu, termasuk isterinya, Gwen Lara dan lima lagi penumpang.

Joe Lara terkorban bersama isteri dan lima penumpang lain pada Sabtu pagi. (Gambar Facebook)
MOSCOW:
Pelakon Amerika Joe Lara yang membintangi “Tarzan: The Epic Adventures” terkorban dalam nahas pesawat bersama isterinya dan beberapa orang lain, lapor agensi berita Sputnik, memetik akhbar The Tennessean.

Lara, 58, antara tujuh yang terbunuh dalam nahas pada Sabtu itu, lapor akhbar tersebut memetik kenyataan polis pada Ahad. Mangsa lain termasuk isterinya, Gwen Lara, 66, dan lima lagi penumpang.

Pesawat Cessna C501 terhempas ke dalam tasik Percy Priest berhampiran Smyrna, sebuah bandar di Rutherford County, Tennessee, pada Sabtu pagi, sejurus berlepas dari Lapangan Terbang Smyrna Rutherford County.

Pesawat itu dijadual menuju ke Lapangan Terbang Antarabangsa Palm Beach, Florida, menurut pegawai kecemasan.

Pihak berkuasa mengesahkan semua tujuh penumpang maut.

Lembaga Keselamatan Pengangkutan Amerika Syarikat (NTSB) telah melancarkan siasatan bagi mengenal pasti punca nahas.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.