
Pelakon dari Bollywood, Priyanka Chopra sememangnya sangat menyayangi anjing kesayangannya, Diana. Dia sering dilihat mendandan anjing berjenis Chihuahua itu dengan perhiasan mahal.
Terbaru, Chopra telah memuat naik di Instagramnya dengan gambar dia memakai pakaian bermotif celoreng dari St. John. Manakala, Diana turut memakai selembar kain dengan corak yang sama di leher menutupi lengannya.
“Seekor harimau putih dan anaknya,” tulis Chopra pada kepsyen hantarannya.
Penampilan dari wanita berusia 38 tahun ini merupakan satu penghormatan terhadap filem yang dibintanginya, “The White Tiger”.
Filem arahan Ramin Bahrani itu, berdasarkan novel Aravind Adiga, penulis dan wartawan dari India. Novel tersebut menceritakan perjuangan kasta yang terjadi di India.
Bercerita mengenai Diana, sebelum ini, Chopra memakaikan rantai anjing Tiffany & Co., apabila berada di New York kepada Diana. Kalung tersebut berharga sekitar 275 dollar AS di pasaran.
Pada penghujung Januari 2019, Chopra juga membawa Diana berjalan-jalan dengan memasukkan anjing tersebut ke dalam beg jinjing Goyard, yang harganya mencapai 2,000 dollar AS.
Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]