Rahsia di sebalik pin merpati emas di dada Lady Gaga sewaktu menyanyi di hari perlantikan Joe Biden

Rahsia di sebalik pin merpati emas di dada Lady Gaga sewaktu menyanyi di hari perlantikan Joe Biden

Menurut Gaga, burung merpati tersebut membawa sebatang ranting zaitun dan ia adalah usaha mengirim pesan perdamaian.

Pin yang terlekat di dada Lady Gaga, burung merpati emas yang membawa sebatang ranting zaitun adalah simbol kedamaian. (Gambar Instagram danielroseberry)

Sewaktu pelantikan Presiden Joe Biden, Rabu (20/1/2021), penyanyi Lady Gaga diberi penghormatan menyanyikan lagu kebangsaan Amerika Syarikat.

Gaga telah mengenakan pakaian dari Schiaparelli Haute Couture, yang direka oleh Daniel Roseberry.

Pakaian ala jaket kasmir berwarna biru tua dan skirt sutera merah. Tetapi yang menariknya adalah pin merpati emas pada bahagian dada kirinya dan pada paruh merpati kelihatan sebatang ranting.

Gaga tampil menjelaskan mengenai simbol burung merpati tersebut di akaun Twitternya.

Menurutnya, burung merpati tersebut membawa sebatang ranting zaitun dan ia adalah usaha mengirim pesan perdamaian untuk negara yang sedang terpecah.

“Seekor merpati membawa ranting zaitun. Semoga kita semua berdamai antara satu sama lain,” tulis Gaga.

Daniel Roseberry turut memuat naik gambar-gambar penampilan Gaga di Instagram miliknya.

Kata Gaga, menyanyikan lagu kebangsaan untuk rakyat Amerika di hari peralihan pimpinan negara adalah sesuatu yang besar buatnya.

Dia berharap, apa yang berlaku di masa lalu akan pulih di masa kini dan lebih bersemangat untuk masa depan lalu masyarakat akan bekerja sama dengan penuh kasih sayang.

Sehari sebelum upacara pelantikan tersebut, Gaga turut menyampaikan pesanan perdamaian melalui Instagram miliknya.

“Saya berdoa esok akan menjadi hari yang damai buat warga Amerika. Hari untuk cinta, bukan kebencian. Hari penerimaan buat rasa takut. Hari untuk mengimpikan kegembiraan masa depan kita sebagai sebuah negara.

“Mimpi yang bukan untuk kekerasan, mimpi yang memberikan keselamatan kepada jiwa kita. Cinta dari ‘Capitol’,” tulisnya.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.