Mampukah ABC terus menyengat di minggu ke-3, ‘Muzikal Lawak Superstar 2’?

Mampukah ABC terus menyengat di minggu ke-3, ‘Muzikal Lawak Superstar 2’?

Konsert Jumaat lalu menobatkan kumpulan ABC yang dianggotai Cik B, Chiwan Chilok dan Achok Chilok sebagai ‘Star of the Week’, di mana mereka dianugerahkan dengan ‘Star’ tambahan bagi minggu ini.

Telatah Cik B yang mengajuk ibunya, seorang usahawan kosmetik sensasi, ternyata mampu menghiburkan penonton.

Setelah dua minggu bersiaran, persaingan di pentas ‘Muzikal Lawak Superstar 2’ (MLS2) semakin sengit.

Dengan memecah tradisi ‘tiada penyingkiran di minggu pertama’, program sketsa muzikal anjuran Astro Warna yang dihoskan oleh Nabil Ahmad dan Elly Mazlein itu menyaksikan gandingan selebriti, pelakon, penyanyi dan pelawak beradu bakat untuk menjadi juara!

Konsert Jumaat lalu menobatkan kumpulan ABC yang dianggotai Cik B, Chiwan Chilok dan Achok Chilok sebagai ‘Star of the Week’, di mana mereka dianugerahkan dengan ‘Star’ tambahan bagi minggu ini.

Telatah Cik B yang mengajuk ibunya, seorang usahawan kosmetik sensasi, ternyata mampu menghiburkan penonton.

Namun, Zul Ariffin selaku Juri Tetap (bersama Dato’ Awie dan Fazura) menasihatkan kumpulan yang menerima markah keseluruhan sebanyak 54.5% itu untuk mengimbangkan tugas setiap ahli kumpulan dan tidak hanya bergantung kepada satu anggota sahaja. Mampukah mereka lakukannya?

Sebati dengan adat pertandingan, di mana ada keriangkan kemenangan, sudah tentu ada yang mengeluh kekalahan. Itulah nasib yang terpaksa diharungi kumpulan JAGO yang mengucapkan selamat tinggal kepada pentas MLS2.

Kumpulan yang diaggotai Fiza Thomas, Chot XOXO dan Yus Skool of Lawak itu mengumpul markah sebanyak 18.63% sahaja, yang sekaligus telah membuat mereka gagal menempa nama ke minggu seterusnya. Siapakah yang akan meninggalkan pentas MLS2 pada minggu ini pula?

Dengan hanya 12 kumpulan merebut takhta, siapakah yang bakal mengungguli minggu ketiga? Semua persoalan bakal terjawab Jumaat ini!

Muzikal Lawak Superstar 2 bersiaran setiap Jumaat, jam 9 malam di Astro Warna HD (107) dan Warna (127), dan juga boleh distrim melalui aplikasi Astro GO secara percuma untuk semua pelanggan Astro. Layari www.gempak.com/muzikallawaksuperstar untuk maklumat lanjut.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.