Kamal Adli lamar Uqasha di hadapan penonton AME2020

Kamal Adli lamar Uqasha di hadapan penonton AME2020

Kamal membuat kejutan apabila melamar kekasihnya itu semasa keduanya tampil berpasangan menjadi penyampai anugerah pada malam AME2020.

Kamal Adli dan Uqasha Senrose dikatakan sudah menghadiri kursus perkahwinan pada sekitar Oktober lalu. (Gambar Instagram)

Desas-desus mengatakan Kamal Adli, 34 dan Uqasha Senrose, 28, sudah menghadiri kursus perkahwinan pada sekitar Oktober lalu mungkin sudah terjawab apabila pelakon Kamal Adli melamar Uqasha pada Anugerah MeleTOP Era 2020 (AME2020), malam tadi.

Kamal membuat kejutan apabila melamar kekasihnya itu semasa keduanya tampil berpasangan menjadi penyampai anugerah pada malam tersebut.

Aksi spontan Kamai yang melutut sambil bertanya sama ada Uqasha sudi berkahwin dengannya itu mendapat reaksi terkejut dari Uqasha dan penonton.

“Uqasha Senrose, sudikah awak menjadi isteri saya?

“Awak ni sedang ‘promote’ drama baharu kita ke?” tanya Uqasha dalam nada terkejut.

Kamal kemudian mengulang semula soalannya sebelum Uqasha menjawab “Yes” sambil mendapat sorakan penonton.

Kamal kemudian menyarungkan sebentuk cincin ke jari Uqasha.

Pasangan ini mula akrab sejak digandingkan dalam drama Setelah Terlafaznya Akad arahan Michael Ang, tahun lalu.

Malah, Kamal pernah memuat naik hantaran di Instagram dengan kapsyen tertera bowling atau dating?’ bersama foto mereka, beberapa bulan lalu.

Selain itu, Uqasha juga pernah dilihat beberapa kali menemani Kamal menghadiri acara membabitkan ahli keluarga.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.