Gara-gara dikutuk melamar dalam restoran makanan segera, pasangan Afrika terima tajaan perkahwinan

Gara-gara dikutuk melamar dalam restoran makanan segera, pasangan Afrika terima tajaan perkahwinan

Selepas dikutuk kerana hanya mampu melamar dalam restoran makanan segera pasangan Afrika Selatan ditawar tajaan syarikat besar.

Setiap pasangan yang bercinta pasti mahukan ia berakhir dengan perkahwinan.

Namun cara setiap pasangan melamar kekasihnya berbeza-beza mengikut kemampuan, adat dan budaya.

Di Afrika Selatan ini juga lain ceritanya apabila seorang lelaki dilihat melamar kekasihnya di dalam restoran makanan segera KFC sehingga menjadi viral kerana dikutuk seorang netizen.

Namun siapa sangka niat lelaki itu untuk melamar di KFC berjaya membuatkan pasangan yang tidak dikenali ini berjaya menerima pelbagai penaja daripada syarikat besar.

Ia mula tular apabila sekeping gambar pada Twitter KFC Afrika Selatan melihatkan seorang lelaki melamar wanita idamannya yang menangis kegembiraan.

Tweet tersebut menarik perhatian seorang wartawan yang mentertawakan lelaki itu yang melamar pasangannya hanya di KFC sekaligus memperlekehkan usaha lelaki tersebut.

Disebabkan tweet itu, pihak KFC Afrika Selatan berjanji untuk memberikan kejutan buat pasangan ini sekiranya menjumpai pasangan tersebut dan mohon untuk mereka tampil ke hadapan.

Tweet tersebut nampaknya turut menarik perhatian seorang wartawan yang mentertawakan lelaki ini melamar pasangannya hanya di KFC sekaligus memperlekehkan usaha lelaki tersebut.

Bagaimanapun, di sebalik kecaman yang diterima, pasangan ini seolah menerima “durian runtuh” apabila syarikat-syarikat besar bersetuju untuk menaja perkahwinan mereka dengan menyatakan momen yang ditampilkan dilihat sangat manis dan bahagia.

Antara syarikat yang bersetuju untuk menaja mereka adalah KFC, Coca-Cola, Sony Movies, Puma, Huawei serta Audi.

Tidak kurang juga daripada pemilik bisnes yang sudi menaja cincin emas bertatahkan berlian serta busana lengkap buat pasangan ini.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.