Lelaki mati dalam laut selepas lamar teman wanita

Lelaki mati dalam laut selepas lamar teman wanita

Keseronokan pasangan Weber dan Antoine bertukar menjadi tragedi apabila teman lelakinya mati setelah melamarnya di dalam laut.

Seorang lelaki didapati maut selepas melamar teman wanitanya di dalam laut.

Kejadian tersebut berlaku di Tanzania dimana Steven Weber dan Kenesha Antoine sedang bercuti di pulau tersebut.

Ia berlaku pada Khamis lalu dimana Weber berenang dalam lautan sambil memegang satu nota dan menghadap ke tingkap bilik yang diduduki Antoine.

Semasa percutian itu, pasangan tersebut menginap di Pulau Pamba, dimana rekaannya unik diperbuat daripada kayu dan biliknya terletak di permukaan lautan pantai timur Afrika.

Dalam nota tersebut Weber berkata “saya tidak boleh bernafas dengan lama untuk memberitahu segalanya tetapi saya cintakan semua tentang awak dan saya cintakan awak setiap hari!”

“Sudikah awak menjadi isteri saya? Kahwin dengan saya?” tulisnya.

Namun selepas itu Weber gagal memunculkan diri kembali ke permukaan.

Video tersebut dimuatnaik Antoine dalam laman sosial Facebooknya dengan menulis “awak tidak kembali dari laut itu, sebab itu awak tidak dengar jawapan saya..ya, ya sejuta kali saya akan berkahwin dengan awak!

“Kita tak pernah bayangkan hari yang dilalui bersama, saat indah akhirnya bertukar perkara yang paling buruk.

“Baru sahaja beberapa hari lalu kita melalui saat yang paling berharga tetapi hari ini keseronokan berakhir dengan kekecewaan,” tulisnya.

Dalam masa yang sama, resort yang diduduki mereka, Resort Manta mengesahkan kematian Weber pada Sabtu lalu.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.