Baim gembira hasrat bina pusat tahfiz buat arwah bonda semakin terlaksana

Baim gembira hasrat bina pusat tahfiz buat arwah bonda semakin terlaksana

Menurut Baim, urusan mencari tanah wakaf di kampung halamannya di Purwakarta, Indonesia semakin selesai. Malah, lebih mengembirakan, berita tersebut diterima pada hari ulang tahun ke-dua pernikahannya dengan Paula Verhoeven, Isnin lalu.

Baim menerima khabar gembira tersebut di hari ulang tahun ke-dua pernikahannya dengan Paula Verhoeven. (Gambar Instagram)

Pelbagai cara kita membalas jasa kedua orang tua. Bagi pelakon popular Indonesia, Baim Wong, dia berhasrat menghadiahkan sebuah pusat tahfiz buat arwah bondanya dan impian tersebut semakin terlaksana.

Menurut Baim, urusan mencari tanah wakaf di kampung halamannya di Purwakarta, Indonesia semakin selesai.

Malah, lebih mengembirakan, berita tersebut diterima pada hari ulang tahun ke-dua pernikahannya dengan Paula Verhoeven, Isnin lalu.

Baim berkongsi video tanah seluas enam hektar yang sudah 75 peratus hampir siap.

“Alhamdulillah hari ini dapat berita gembira. Insya Allah tanah wakaf yang luas (3 hingga 6 hektar) yang sudah lama saya cari untuk dirikan pusat tahfiz dan juga menghafal Quran hasilnya sudah 75 peratus.

“Saya sengaja cari tanah di Purwakarta supaya selalu mengingati mama, mungkin dengan cara ini boleh bahagiakan mama. Doakan semoga dipermudahkan,” tulisnya.

Baim turut mengajak orang ramai memberi sumbangan ikhlas dan bersama-sama mendirikan pusat tahfiz tersebut.

“Inysa-Allah ini adalah tanah wakafnya. Kalau ingin membantu sekali mari sama-sama dirikan pusat tahfiz untuk penghafaz Quran.

“Tidak kisah berapa pun jumlah yang ingin diberikan asalkan niat baik untuk membantu sesama kita. Semoga dengan ini, memberi manfaat kepada yang memerlukan,” tulis Baim Wong di instagramnya.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.