Keguguran, Siti Elizad redha namun tidak mahu mengalah

Keguguran, Siti Elizad redha namun tidak mahu mengalah

Pelakon dan penyampai radio ini telah menjalani proses pengambilan telur untuk rawatan kesuburan in-vitro (IVF) pada 21 Oktober lalu dan merasa gembira apabila dikhabarkan telah hamil namun pasrah apabila kandungannya mengalami pendarahan.

Siti Elizad tidak mahu mengalah dengan mudah dan akan tetap berusaha untuk mendapatkan zuriat sendiri. (Gambar cinema.com)

Petaling Jaya: Siti Elizad Sharifuddin, 36 yang mengalami keguguran baru-baru ini redha dengan ketentuan Allah. Walaupun hanya merasai nikmat kehamilan seketika dia mengakui tidak akan berputus asa dan akan terus beriktiar untuk mendapatkan zuriat.

Pelakon dan penyampai radio ini telah menjalani proses pengambilan telur untuk rawatan kesuburan in-vitro (IVF) pada 21 Oktober lalu dan merasa gembira apabila dikhabarkan telah hamil namun pasrah apabila kandungannya mengalami pendarahan.

“Allah bagi rasa nikmat jadi IBU itu minggu lepas. Tapi, DIA ambil balik. Terjentik sungguh ‘RASA’ itu.

“Dimaklumkan hamil minggu lepas. MasyaAllah, dia punya gembira tak tau nak kata, sebab dah lama menanti, tapi kandungan tak kuat dan alami pendarahan. Tak tahu nak gambarkan perasaan macam mana dan terduduk seketika,” katanya.

Namun, dia tidak mahu mengalah dengan mudah terhadap usaha dan perjuangannya untuk mendapatkan zuriat sendiri, Siti Elizad berkata mungkin belum rezeki lagi.

“Tak mengapa, Insha-Allah ada rezeki lain. Husnuzon. Bersangka baik. Saya tak akan pernah berputus asa. Saya akan selalu positif dan terus berdoa.

“Kepada doktor, kita akan jumpa lagi pada Januari 2021. Terima kasih juga kepada semua yang banyak beri sokongan dan mendoakan sepanjang perjalanan IVF ini,” katanya.

Sementara itu pada entri di Instagram Story, Elizad memohon maaf kepada rakan-rakan yang menghubunginya kerana tidak menjawab panggilan termasuk membalas kiriman mesej mereka.

Katanya, bagaimana pun sekarang dia lebih bersemangat untuk meneruskan kehidupan dan memberi fokus pada kerjaya di konti radio dan lakonan.

Elizad akan tetap meneruskan kaedah IVF itu sehingga impiannya untuk bergelar ibu menjadi kenyataan dan dimakbulkan Allah selepas berusaha dan bertawakal.

Siti Elizad mendirikan rumahtangga dengan Shamsul Baharin Rahman pada 2015. Namun begitu, mereka masih belum dikurniakan cahaya mata.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.