Individu disekat akaun, kandungan diturunkan boleh ke tribunal rayuan

Individu disekat akaun, kandungan diturunkan boleh ke tribunal rayuan

Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching berkata tribunal itu dipengerusikan hakim Mahkamah Tinggi bersama sekurang-kurangnya dua ahli tribunal.

teo nie ching
Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching, berkata tiada wakil SKMM dalam Tribunal Rayuan Komunikasi dan Multimedia dan Keselamatan Dalam Talian. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA:
Individu berdepan sekatan akaun atau penurunan kandungan media sosial boleh membuat rayuan menerusi Tribunal Rayuan Komunikasi dan Multimedia dan Keselamatan Dalam Talian, kata Teo Nie Ching.

Timbalan menteri komunikasi berkata, tribunal berkenaan dipengerusikan oleh hakim daripada Mahkamah Tinggi bersama sekurang-kurangnya dua ahli tribunal.

“Ini satu tribunal rayuan secara ‘ad hoc’ yang bukan dipengerusi ataupun didengar oleh pegawai daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), tetapi hakim daripada Mahkamah Tinggi yang mendengar sebarang rayuan ini,” katanya menurut Bernama, di Kulai.

Beliau mengulas mengenai tindakan perlu dilakukan sekiranya seseorang individu itu dikenakan sekatan akaun media sosial.

Justeru, Teo menggalakkan orang ramai menggunakan saluran berkenaan sekiranya menghadapi masalah berkenaan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.