Ayda dan Nabil pilih 1.1.2021 sebagai tarikh nikah

Ayda dan Nabil pilih 1.1.2021 sebagai tarikh nikah

Menurut Ayda, mereka memilih tarikh tersebut kerana ianya mudah diingat apatah lagi dia memang sukar mengingati tarikh.

Ayda Jebat dan Nabil Mahir memilih 1.1.2021 sebagai tarikh nikah. (Gambar Facebook)

KUALA LUMPUR – Ayda Jebat, 28 dan Nabil Mahir, 32 mengumumkan akan melangsungkan pernikahan pada 1 Januari 2021.

Ayda atau nama sebenarnya, Nur Suhada Jebat, 28, mengumumkan tarikh pernikahannya itu menerusi video yang dimuat naik dalam saluran YouTube kendalian mereka, Wuvv Show.

Menerusi “Video Episod 1 tarikh Nikah Ayda Jebat & Nabil Mahir” itu, kedua-dua pasangan ini berkongsi detik perkenalan mereka.

Menurut Ayda, mereka memilih tarikh tersebut kerana ianya mudah diingat apatah lagi dia memang sukar mengingati tarikh.

“Tarikh ini mudah untuk kami ingat, ada beberapa tarikh yang dibincangkan tetapi kami sepakat pilih 1 Januari kerana saya memang sukar untuk mengingati tarikh. Jujur, saya memang mudah lupa lebih-lebih lagi yang melibatkan nombor,” ujar Ayda.

Menurut Ayda lagi, memandangkan tarikh tersebut adalah hari cuti umum maka ia dapat diraikan bersama ahli keluarganya.

Namun, dalam pada itu dia turut melahirkan kebimbangan akan situasi semasa Covid-19 yang melanda negara ketika ini dan berharap agar tarikh tersebut tidak jatuh pada masa Perintah Kawalan Perge­rakan Bersyarat (PKPB) dilaksanakan.

Terdahulu, Nabil yang merupakan bekas pengacara program HLive, telah mengikat tali pertunangan dengan Ayda Jebat pada 28 April secara atas talian bagi mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.