
Menurut Ayda, dia ingin mencapai impian tersebut sebelum menamatkan zaman bujangnya.
“Syukur alhamdulillah. Allah makbulkan doa saya. Rezeki dapat hadiahkan mama sebuah rumah. Saya beritahu Nabil, ada benda saya kena capai sebelum saya kahwin. Inilah antaranya. Buat mama saya bahagia, sebelum saya bahagiakan orang lain. Lega hati ini Ya Allah,” katanya dalam satu hantaran terbaharu di Instagram.
Ayda berharap dan mendoakan agar semua orang dapat membahagiakan orang tua masing-masing selagi mereka masih bernyawa.
“Saya doakan semua dapat bahagiakan orang tua anda bukan saja dari harta benda, malah banyak benda lain anda boleh berbakti untuk mereka. Semoga tercapai. Insya-Allah.
“Mama selalu hubungi dan pesan ‘Kakak jangan kerja kuat sangat, kena rehat jugak.’ Sebenarnya, kerja keras saya tak sekuat pengorbanan mama jaga saya dan adik-adik. Saya cintakan mama. Saya akan selalu menjaga dan membahagiakan mama, walaupun saya dah kahwin nanti,” katanya.
Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]