
Ingin mengembirakan bapanya, Baim Wong membelikan sebuah kereta sedan BMW 3201 tahun 2017 kepada Johnny Wong. Bersusah payah Baim mencari model yang sesuai malah, sempat membuat ‘test drive’.
Membawa kereta mewah tersebut ke rumah bapanya, Baim lantas memberikan kunci kereta kepada Johnny.
Johnny yang kebingunan terus menolak pemberian anaknya itu. Mungkin rasa terkejut, Johnny kemudian menyuruh Baim memberikan hadiah tersebut kepada isteri Baim, Paula Verhoevan.
Namun, Baim tetap mahu bapanya cuba memandu kereta baharunya itu. Setelah memandu, akhirnya Johnny menerima hadiah kereta mewah pemberian anaknya itu dengan senang hati.
Sesungguhnya, Baim tidak pernah lupa mengembirakan orang-orang kesayangannya, semoga rezeki artis terkenal Indonesia ini akan terus dilimpahi.
Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]