Bengang telur diganggu, ular sawa gergasi 6 meter gigit penjaga zoo

Bengang telur diganggu, ular sawa gergasi 6 meter gigit penjaga zoo

Video tular berdurasi 6 minit itu menunjukkan seekor ular sawa berang selepas telurnya diganggu penjaga zoo.

Imej menunjukkan seorang penjaga zoo sedang memindahkan telur milik seekor ular sawa sepanjang 6 meter.

Jika anda tidak pernah melihat bagaimana rupa seekor ular sawa gergasi sepanjang 6 meter ‘naik minyak’, mungkin video ini dapat memperincikannya.

Video menakutkan yang dikongsi di akaun Instagram Jay Brewer itu pantas tular selepas seekor ular sawa besar sepanjang 6 meter dilihat naik berang dan menggigit penjaga zoo tersebut yang cuba mengalihkan telurnya.

“Ular sepanjang 6 meter menggigit saya. Ular sawa betina bersaiz gergasi ini memang tidak pernah sukakan saya dan dalam video ini dendamnya berbalas.

Bukan saja memiliki naluri keibuan hebat demi mempertahankan telur-telurnya, ia juga satu-satunya generasi ular liar yang menjadikan genetiknya lebih gila.

“Walaupun begitu, ia adalah ular yang sangat cantik dan anak-anaknya pasti akan lebih cantik lagi,” katanya ketika berkongsi video tersebut.

Sejak dimuat naik di akaun Instagram @jayprehistoricpets video tersebut menerima lebih 900,000 tontonan dengan 195,000 tanda suka serta pelbagai komen warganet.

“Kerja gila,” komen jujur seorang pengguna Instagram.

“Ya Tuhan. Telefon saya nyaris terlepas dari tangan, sebab cuba mengelak dari sini,” luah seorang warganet yang terkejut.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.