Lembu tersangkut atas pokok

Lembu tersangkut atas pokok

Melalui hantaran video di Facebook pentadbiran tempatan St. Bernard Parish, kelihatan seekor lembu sedang diselamatkan oleh pasukan penyelamat dengan memotong dahan pokok yang ditenggelami air.

Pasukan penyelamat sedang menyelamatkan seekor lembu yang tersangkut di atas pokok akibat Taufan Ida.

NEW ORLEANS, Louisiana: Seekor lembu terperangkap di atas sebatang pokok yang ditenggelami banjir akibat Taufan Ida yang melanda Amerika Syarikat (AS) baru-baru ini.

Ia bagaimana pun telah berjaya diselamatkan oleh pasukan penyelamat St. Bernard Parish.

Melalui satu hantaran video di Facebook pentadbiran tempatan St. Bernard Parish, kelihatan seekor lembu yang tersangkut di antara dahan pokok sedang cuba dikeluarkan oleh pasukan penyelamat dengan memotong dahan pokok yang ditenggelami air itu.

“Pekerja kami Tyler Acosta, David Palmer dan Roy Ragan Sr bekerjasama dengan orang ramai untuk menyelamatkan lembu yang tersangkut pada pokok berhampiran Lebuh Raya Florissant itu,” ujarnya.

Mereka menggunakan gergaji rantai memotong dahan pokok dan menurunkan haiwan tersebut.

Namun, tidak dapat dipastikan berapa lama ianya tersebut terperangkap di situ dan kecederaannya dilaporkan tidak serius.

Taufan Ida yang melanda Amerika Syarikat (AS) pada Khamis dikategorikan sebagai ribut kategori 4 telah meragut nyawa dan memusnahkan New Orleans, Louisiana dan lebih sejuta buah rumah.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.