Ibu dituduh bunuh anak 3 tahun, sempat rakam video menari TikTok

Ibu dituduh bunuh anak 3 tahun, sempat rakam video menari TikTok

Mahkamah diberitahu, dalam klip video tersebut, Nicola Priest dilihat menari sambil tersenyum.

Kaylee-Jayde Priest ditemui mati pada 9 Ogos tahun lalu di Kingshurst, West Midlands, England.

Memuat naik video tarian di TikTok beberapa hari selepas anak kecil berusia tiga tahu ditemui mati bukanlah satu perlakuan normal seorang ibu.

Namun Nicola Priest, 23, seorang ibu yang dituduh membunuh anak perempuannya, Kayle-Jayde, 3, menganggap, hanya kerana dia memuat naik video tarian di media sosial tidak bermakna dia tidak patah hati.

Kaylee-Jayde Priest ditemui mati dengan kecederaan di dada dan perut disebuah flat di Kingshurst, West Midlands, England pada 9 Ogos 2020.

Nicola Priest dan kekasihnya, Callum Redfern, 22, bagaimanapun menafikan dakwaan membunuh, dan membiarkan kematian seorang kanak-kanak.

Ketika perbicaraan di Mahkamah Birmingham Crown, Gurdeep Garcha yang mewakili Redfern, bertanya kepada Priest mengenai media sosial dan dia mengesahkan mempunyai akaun TikTok.

Dia mengaku ada menyiarkan sebuah video berjudul “My Version” pada 22 September dengan emoji wajah tersenyum ketika menetap di sebuah kediaman bantuan, lapor Birmingham Live.

“Ya. Ia tidak bermakna saya tidak patah hati. Hanya kerana memuat naik beberapa video tarian tidak bermaksud saya tidak merindui anak kecil saya. Saya sangat menyayangi anak saya,” katanya kepada mahkamah.

Pendakwa Raya Andrew Smith berkata, Nicola memberitahu mahkamah anaknya telah mati sebaik ambulan tiba di kediamannya.

Smith menjelaskan kecederaan yang dialami Kaylee-Jayde adalah gabungan hentakan akibat benda berat, berkemungkinan disepak atau dipijak juga seperti kanak-kanak yang cedera akibat kemalangan jalan raya.

“Namun hingga kini pihak pendakwaan tidak dapat memastikan sama ada serangan fizikal itu dilakukan oleh seorang atau kedua-duanya,” kata Smith.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.