
Seorang bilionair Jepun, Yusaku Maezawa mencari lapan individu bertuah untuk menyertainya sebagai penumpang persendirian untuk perjalanan ke bulan menaiki SpaceX milik Elon Musk.
Dia pada mulanya ingin menjemput golongan artis untuk mengikuti perjalanan seminggu pada 2023 sebelum membukanya kepada orang ramai.
“Projek yang dirancang semula ini akan memberi peluang kepada orang ramai dari seluruh dunia untuk menyertai perjalanan jauh itu.
“Jika anda melihat diri sebagai artis, anda adalah seorang artis,” kata Maezawa.
Mereka yang berminat boleh mula membuat permohonan dan fasa pertamanya akan bermula pada 14 Mac ini.
Usahawan yang menjual perniagaan pakaian atas talian, Zozo Inc kepada SoftBank pada 2019 itu akan menanggung semua kos perjalanan menaiki generasi kedua SpaceX dikenali sebagai Starship.
Dua prototaip sebelum ini dilaporkan meletup ketika menjalani ujian sekali gus mendedahkan risiko kepada mereka yang turut berdepan tekanan dalam melakukan perjalanan ke angkasa itu.
“Menerusi misi ini, kita jangkakan manusia akan pergi lebih jauh yang pernah dilakukan dari Bumi,” kata Musk beberapa hari selepas SpaceX mengumpul dana sebanyak USD 850 juta (RM3.4 bilion) yang membantunya menjadi orang terkaya di dunia.
Maezawa terkenal dengan koleksi lukisan, kereta sports dan pemberian wang tunai menyebabkannya menjadi sebagai individu paling ramai pengikut Twitter di Jepun.
Tahun lalu, dia melancarkan dokumentari pendek mencari teman wanita baru untuk menyertainya dalam perjalanan itu sebelum membatalkan kerana mendakwa perasaannya bercampur baur.
Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]