India negara pertama darat kapal angkasa di kutub selatan bulan

India negara pertama darat kapal angkasa di kutub selatan bulan

Misi ke bulan Chandrayaan-3 dilancarkan pada 14 Julai lalu.

Pertubuhan Penyelidikan Angkasa India (ISRO) umum berjaya mendaratkan Chandrayaan-3 di kawasan bulan yang sebahagian besar belum diteroka. (Gambar AP)
NEW DELHI:
India menjadi negara pertama mendaratkan kapal angkasa di kutub selatan bulan yang sebahagian besarnya belum diterokai.

Misi ke bulan Chandrayaan-3 telah dilancarkan pada 14 Julai lalu.

Modul pendaratnya terpisah daripada sistem pendorongan beberapa hari dan pendaratan “lancar”, atau terkawal, bermula pada 5.44 petang waktu India pada Rabu.

“Chandrayaan-3 telah berjaya mendarat di bulan,” Pertubuhan Penyelidikan Angkasa India (ISRO) mengumumkan.

Perdana Menteri India Narendra Modi mengucapkan tahniah kepada agensi angkasa lepas dan saintis di atas pencapaian itu, sambil berkata seluruh negara sedang meraikan detik bersejarah berkenaan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.